Sunday 27 February 2011

BIODATA USTAZ HAJI ASMARA BIN HAJI SAMAN

Tajuk:-
BIODATA USTAZ HAJI ASMARA BIN HAJI SAMAN
Disediakan untuk:-
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 551
Disediakan oleh:-
Yusmieza suhaida yusof
No matrix:-
2010669798
Kumpulan:-
BMB2Bc
Program:-
Ijazah sarjana muda pengurusan sumber manusia
Tarikh hantar:-
27.februari.2011
Isi kandungan:-
   I.      Abstrak
II.      Biodata
III.      Pendidikan
IV.      Pengalaman bekerja
  V.      Pengalaman pahit
VI.      Pengalaman manis
VII.      Tugas dan tanggungjawab
VIII.      Cabaran
IX.      Pesanan
  X.      kesimpulan


ASSALAMMUAILAIKUM W.A.T.
 Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana saya masih diberi kesempatan  menghembus nafas di muka bumi ini dan berjaya menyiapkan tugasan yang telahdiberi oleh leccturer saya pada cuti semester lepas. Tajuk assigment yang saya pilih adalah tentang tokoh tok imam di taman Bukit Pinang,Jitra  Kedah.

Abstrak
Daripada Ibnu Abbas r.a. Nabi bersabda:Pertolongan Allah s.w.t. sentiasa bersama-sama jemaahnya.”     
                                                                                                           ( riwayat Tarmizi)
 Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu”
                                                                                                        (Riwayat H.R.Attabrani)
  Pendahuluan
Masjid merupakan sebuah tempat yang sangat mulia disisi Allah.s.w.t. Selain itu,masjid merupakan tempat bagi semua umat islam beribadah dan bersatu untuk merapatkan silaturahim antara  umat islam. Seperti yang kita ketahui,setiap organisasi memerlukann seorang ketua untuk mengetuai dalam setiap urusan yang diberikan. Begitu juga dalam  solat,dalam setiap masjid mempunyai imam bagi mengetuai solat atau pun majlis-majlis ilmu. Maksud imam adalah individu yang di lantik bagi memimpin golongan para jemaah dalam melakukan ibadah solat atau amal jariah. Sesungguhnya imam diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin bagi satu kumpulan untuk dipimpin ke arah jalan yang benar. Namun, terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu dituntut sebelum menjadi imam. Antara sebab-sebabnya ialah,supaya dapat membimbing jemaah dan umat islam yang memerlukan bantuannya. Masjid Taman Bukit Pinang Jitra,Kedah mempunyai beberapa orang imam,antara imam yang sempat saya temu ramah ialah Imam Haji Asmara.
Biodata
Nama penuh imam masjid bukit pinang ialah haji asmara bin haji saman. Beliau dilahirkan pada bulan April 1984. Imam Asmara dilahirkan di Ipoh,Perak. Namun beliau dibesarkan di Yong Peng,Johor kerana mengikuti ayahnya yang berpindah mengikut tuntutan krja sebagai seorang askar..Beliau merupakan anak yang keenam dalam sepuluh adik-beradik beliau. Beliau kini sudah berkahwin dan dikurniakan enam cahaya mata. Kini,beliau berusia 58tahun,dah mempunyai 2 orang menantu dan kesemua anak beliau berjaya dalam akademik sehingga ke menara gading dan tidak dilupakan  jugak berjaya dalam ilmu agama. Imam Asmara menetap di Taman Bukit Pinang bersama-sama isteri dan anak bongsu beliau.
Pendidikan
menuntut ilmu merupakan salah satu fardu kifayah dalam kehidupan seharian umat islam. Adalah berdosa sekiranya di dalam satu taman itu,tiada sesiapa yang melakukan salah satu fardu kifayah ini. Dalam hadis Nabi Muhamad S.A.W.ada juga menyatakan bahawa menuntut la ilmu sehingga ke negara China. Dalam keluarga imam  Asmara juga menitikberat kan ilmu. Beliau menerima sekolah rendah awal beliau di sekolah sT. Joseph,Johor. Tamatnya beliau dalam darjah enam,beliau melanjutkann pelajaran beliau ddalam peringkat sekolah menengah. Imam Asmara menamatkann peringkat sekolah menengah beliau di English College iaitu sekolah lelaki di johor bahru,Johor. Ketika beliau di tingkatan eman,beliau menyanbung pelajaraan beliau di Kuala Lumpur  di kolej Aircraft enginering sebelum beliau terbang ke England untuk menyambung pelajaran beliau ke peringkat diploma dalam kejuruteraan elektronik dengan mengunakan sepenuhnya biasiswa kerajaan Malaysia. Pulangnya beliau ke Malaysia selepas menggengam segulung sijil diploma pada masa itu tidak dapat memuaskan hati beliau dalam menuntut ilmu. Beliau merasakan masih ada lagi kekosongan dalam diri beliau yang membuatkan beliau memperlajari illmu agama atau ilmu islam. Imam Asmara memperlajari ilmu agama di sekolah pondok  Mahad Talbiyah Islamiah Kampung Tengah. Selain itu, belliau juga mempelajari ilmu agama umummi seperti al-quran,ilmu fekah,ilmu tauhid,ilmu hadis di masjid dan juga memperlajari di rumah tok guru. Atas kesedaran beliau kurangnya ilmu agama dalam diri beliau,beliau memperlajari ilmu ini tanpa sebarang paksaan dari sesiapa pun. Beliau sentiasa bersemangat dalam mencari cahaya ilmu agama disamping bersama rakan-rakan beliau yang kini tidak kira menetap di luar negara atau di dalam negara.
Pengalaman bekerja
Selepas pulangnya beliau dari  Kampung Tengah mempelajari ilmu agama,beliau terus  mendapat pekerjaan di Syarikat Zetro Arospace,Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia,Kepala Batas,Kedah. Jawatan yang disandang oleh Imam Asmara dalam syarikat Zetro Arospace kini  ialah sebagai salah seorang lembaga eksekutif di syarikat tersebut setelah beliau menceburi dalam pekerjaan ini selama sepuluh tahun. Di masjid pula,beliau megalas jawatan sebagai tok imam kedua sekiranya pengerusi tok imam tidak sihat atau mempunyai sebaran tugasan diluar,maka Imam Asmara akan mengantikan tempat. Beliau juga ada menyediakan kelas fardu ain di dalam masjid untuk tidak kira peringkat umur dari umur kanaak-kanak sehingga ke orang dewasa. Bayaran  yang di kenakan adalah murah dan adalah untuk membayar gaji guru mengaji.Namun, beliau hanya menguruskan kelas fardu ain seperti jadual pembelajaran fardu ain untuk para pelajar. Setiap kali solat jumaat,hanya imam Asmara yang akan membaca khutbah. Hal ini demikian kerana suara imam Asmara yang merdu dan isi penceramahan imam Asmara yang sangat menarik memembuatkan jemaah leka dalam mendengar isi ceramah beliau tanpa rasa mengantuk.

Pengalaman pahit
Sesungguhnya seseorang manusia itu tidak dapat melarikan diri daripada melalui pengalam pahit. Sedangkan Nabi Muhamad S.A.W. melalui banyak pengalaman pahit dalam menyebarkan dakwah Beliau,inikan pula manusia biasa yang hanya digelar seorang imam masjid. Tok imam Asmara juga pernah difitnah dan dicemuh dalam menjalankan tugas beliau. Beliau pada masa itu dicaci maki dan di cemuh dengan perkataan yang sangat hina oleh masyrakat setempat beliau kerana pada masa itu terdapat segelintir masyrakat yang kurang berpuas hati dan bernia jahat terhadap beliau. Namun berkat kesabaran Imam Asmara dalam menempuhi cabaran itu dengan menganggap itu adalah salah satu dugaan yang telah Allah tentukan untuk semua umat-Nya. Di atas sebab-sebab tidak ingin mencalar dan memburuk-burukkan nama sesiapa, imam Asmara tidak ingin memanjangkan pengalaman pahit beliau. Oleh kerana itu,disini dapat disifatkan bahawasanya  imam Asmara merupakan seorang imam yang sangat bertaqwa dan dedikasi dalam menjalankan amanah beliau dangan tidak membuka pekung keaiban orang lain.

Pengalaman manis
Seiring dengan pengalaman pahit, imam Asmara juga mengalami pengalaman manis dalam menjalankan tugas beliau sebagai tok imam. Sebagai tok imam beliau dapat membantu masyarakat setepat dalam masalah yang berkaitan dalam agama dan fardu ain. Tanpa kita sedari bahawasanya tugas tok iman bukanlah sekadar dalam membimbing masyarakat dalam solat,tetapi dalam menjalani kehidupan seharian dalam keredaan Allah S.W.T.

Tugas dan tanggungjawab:
Sesungguhnya seseorang tok imam perlulah melengkapkan diri beliau dengan ilmu di dada sebelum beliau sanggup mengalas jawaatan sebagai tok imam di sesebuah kawasan. Tanpa ilmu pengetahuan yang luas, insitusi masjid tidak dapat diuruskan dalam keadaan yang baik dan terurus, malah masyarakat atau kariah bakal akan menjalani kehidupan ke arah kegelapan dan tiada nur cahaya petunjuk daripada-Nya. Tugas dan tanggungjawab tok imam dalam  sesebuah massyarakat itu adalah sangat berat dan mencabar. Antaranya tugas-tugas dan tanggungjawab tok imam adalah mempunyai sifat amanah supaya dihormati supaya secara tidak langsung tok imam dapat melaksanakan tugas beliau dalam  meyebarkan dan membimbing masyarakat ke arah kebaikan.
Selain itu,tok imam juga dapat mengajar masyrakat dalam membaca Al-Quran dengan tajwid dan bacaan yang betul. Selain itu,tuugas tok imam bukan sekadar memimpin  dalam solat jeemaah atau fardu ain tetapi juga dalam memainkan peranan dalam menggerakkan minat masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Seorang imam itu,akan bertakbir dahulu sebelum makmumnya mula mengangkat takbir,bersujud sebelum para makmumnya bersujud. Disini jelas terbukti bahawa wujudnya sifat kepimpinan dalam ibadat solat,yang bukan sahaja ada dalam setiap organisasi.
Dalam program mengimarahkan masjid, hendaklah masjid mesra kepada semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah ke golongan  orang tua yang sudah pencen. Sudah menjadi buah mulut masyarakat,bahawa masjid seolah-olah lokasi untuk golongan orang tua-tua sahaja dan tidak diminati oleh golongan muda-mudi. Dalam hadith Rasulullah ada mengatakan antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT pada hari akhirat adalah perlindungan daripada ALLAH SWT hanya  pada golongan muda yang sentiasa terpaut untuk beribadah kepada Allah SWT dan hatinya sentiasa terpaut untuk mengimarahkan masjid. Disini menjelaskan bahawasanya Rasulullah tidak  ada menyebut tentang golongan  orang tua, hal ini kerana menjadi lumrah dan kebiasaaan nya mereka akan hadir ke masjid. Tetapi lain pula bagi golongan orang muda-mudi, Rasulullah merangsang mereka supaya menjadi pencinta masjid. Sesungguhnya,para jawatankuasa masjid berilah ruan pada golongan kanak-kanak untuk membentangkan sejadah, ruang untuk golongan orang muda untuk menjadi bilal dan muazzin dalam melaksanakan solat lima waktu dan golongan perempuan dalam menyediakan makanan dan sebagainya.
Seterusnya, memakmurkan masjid bukan sahaja mengisi masjid dengan ibadah-ibadah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga masyarakat seperti solat jemaah,mengadakan majlis ilmu dan tazkirah, membaca Al-Quran dan buku-buku yang sesuai dan bermanfaat dalam masjid. Sesungguhnya usaha dalam menjadikan masjid itu salah satu tempat yang selesa untuk didatangi dan digunakan oleh masyarakat juga merupakan salah satu bentuk memakmurkan masjid.

Cabaran
Semua tok imam menghadapi cabaran yang sama dalam mengajak jemaah untuk memakmurkan dan mengimarahkan masjid, tidak terkecuali juga tok imam Asmara di masjid Bukit Pinang. Antara cabaran yang dihadapi oleh tok imam Asmara dalam meramaikan jemaah untuk mengimarahkan ke masjid terutamanya golongan muda-mudi pada masa kini. Hal ini demikian kerana, terdapat dua faktor yang menyukarkan misi para jemaah imam untuk melaksanakan iaitu yang pertama adalah media hiburan. Antara kita sedar atau tidak kita sedari bahawa pada waktu magrib kebanyakan siaran yang ditayangkan pada masa itu adalah siaran hburan yang menarik dan berepisod. Sesungguhnya, golongan muda akan terus melekat dihadapan televisyen sehingga mereka leka dan lalai dalam melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah SWT iaitu melakukan solat.
Manakala cabaran yang kedua ialah aktiviti sukan pada waktu petang. Dalam hadis Rasulullah SAW tidak melarang umatnya untuk bersukan, malah digalakkan bersukan untuk menyihatkan tubuh badan kita. Namun, golongan muda – mudi pada masa kini tidak menitikberat dalam etika pakaian bersukan dan juga waktu yang sesuai untuk bersukan. Seperti yang kita lihat dalam aktiviti bersukan seperti permainan bola sepak yang hanya memakai t-shirt dan seluar pendek. Ini dapat dijelaskan bahawa golongan muda terutamanya kaum lelaki tidak menitikberatkan etika pemakaian bersukan dalam aaktiviti seharian mereka. Sesungguhnya mengikut hadis Rasulullah ada mengatakan tutup la aurat kamu bagi lelaki dari pusat hingga ke bawah lututmu. Selain itu,mereka gemar bermain sehingga azan magrib berkumandang, barulah mereka berhenti bermain. Ini jelas menunjukkan budaya sukan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW tidak diikuti. Bagaimana mereka hendak mengimarahkan masjid jika mereka tidak sempat bersolat jemaah di masjid jika terlalu leka dengan sukan mereka. Sesungguhnya golongan ini hendaklah tepuk dada mereka,dan tanya lah apa yang terbaik buat mereka.
Pesanan
Tok imam Hj Asmara juga ada menberi sedikit pesanan buat mahasiswa dan mahasiswi supaya tiidak lalai dalam melakukam amalan ibadat solat lima waktu sehari kerana ia adalah tiang agama dan juga bekalan kita untuk hari akhirat. Sesungguhnya amalan solat kita merupakan timbangan yang pertama selepas kita meninggal. Walau sesibuk mana pun kita dalan mengejar kekayaan duniawi,janganlah kita sesekali mengabaikan waktu solat dalam seharian.

Kesimpulan
adalah imam Asmara yang merupakan seorang tok imam masjid dalam masa yang sama bekerja eksukutif di salah sebuah syarikat Zetro Aerospace di Kepala Batas,Kedah.
Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang imam dalam sesebuah institusi masjid adalah sangat beerat dan mencabar dalam kehidupan seharian kita. Imam Asmara amat menitikberatkan ilmu agama dan akademik dalam kehidupan seharian umat manusia sejagat. Hal ini bersesuai dalam surah Lukman dan juga dalam seruan azan kita supaya menuntut ilmu sehingga menuju kejayaan pada masa yang masih beriman dan tawaqduk dalam melaksanakan tugas-tugas harian seperti yang dapat kita jadikannya contoh.
Di sini terdapat beberapa rangkap pantu tentang solat:-

Berbaju kurung bertudung labuh
Berkain songket berlipar jepun
Awal pagi sudah solat subuh
Agar hidupp sentiasa rukun.
 Pagi-pagi minum kopi
Berkalan untuk perjalanan ke Johor
Pandu keraeta berhati-hati
Masuk waktu sembahyang zohor
Orang kaya berkereta besar
Sambil bersembang memakaan kacang
Bila tibanya waktu asar
Itu tandanya hari sudah petang
Waktu petang menjamah roti
Roti dibeli di kedai cik syarip
Mulut ibu tak berhenti-henti
Menyuruh adik solat magrib
Wanita cantik lelaki kacak
Hulurkan senyumam muka berseri
Bila malam solat lah isyak baru cukup 5 waktu sehari.







Rujukan:-
Ustaz haji Asmara bin hj. Saman sekeluarga